January 2017 - Mis Diarios

Sunday, 22 January 2017

cuti aku!

21:30 49
cuti aku!

Anak mata aku membuntang, memandang kosong pada siling. Kipas dinding ligat berputar ke kiri kanan sekaligus menghasilkan condition yang amat selesa untuk buat tahi mata.wkwkwkwk. Aku ni kan takde keje lain asik fikir nak membadak je. Hari ni senin. Pejam celik baru aku perasan bahawa minggu ni minggu terakhir bulan satu tahun 2017 -,- dude goals aku tahun lepas pun ada yang tak archieve lagi.. 

Aku takde hilang memane pun. Ada je dok memerhati. Cehhh. Selain daripada masalah seram sejuk nak dapat result, sebagai student yang comel, aku agak serabut gak dengan harga bebarang sekarang ni semua nak naik dan mahal. Tah pape. Aku rase sekarang ni hujan je yang turun  harg lain semua nak naik. Ini adalah musibah kepada negara. Nasib baik ah walaupun tanah kat depan umah aku ni berapa langkah je kan tapi aku sempat gak ah tanam daun panda, pokok pisang dua batang, pokok serai, daun selasih, daun bawang and segala daun basic basic nak memasak. So senang ah jugak time nak masak aku bawak aje pisau pastu tebas je lah daun ape yang aku nak. Yaa know..  tetibe keluar awan berkepul kepul.. 'bila negara ditimpa musibah, ni semua salah kerajaan.. dengan araknya, dengan diskonya.. choiiii!'

'Tapi kata orang orang soleh, musibah tu adalah result dari terkumpulnya dosa dosa manusia. So, aku pun manusia yang ada dosa! Jadik, aku pun penyumbang kepada musibah kat atas dunia ni" * pegang senapang..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambil fikiran aku menerawang terbang mungkin juga sehingga ke luar cakerawala sehinggakan mulut aku terherot herot akibat stress sangat kononnya. Tingkap bilik aku buka saja nak hamik angin, tetiba terkejut sebab angin bertiup terlalu kuat nasib baik aku dah gain weight takdelah rasa macam nak terbang sebab kena tiup angin. Aku ni kan bila balik JB kalau tak kecoh satu dunia pliss jangan sebut nama aku. Jadinya, kepulangan aku telah disedari oleh kawan aku sape lagi kalau bukan dak Mipa sebab dia pun baru balik dari Dublin. Dia paksa aku join dia bagi makanan pada homeless kat JB, jadinya tanpa berlengah lagi aku pun bersetuju! =)

Dengan kengkawan Mipa yang merupakan team dapur jalanan, aku memasak dan mengedarkan makanan kepada homeless yang tidur di kaki lima, tepi tepi kedai.. kesian ngat aku tengok =( Memalam aku tengok AJL bagai tapi ade orang yang susah kesejukan + kelaparan..
Aku agak terharu ah bila tengok tukang bagi air sirap tadi tu India, yang tolong pass kan bungkusan makanan tu pulak Punjab dan yang paling terharu sekali tokeh kedai kat tepi jalan tu bagi kitorang space time nak bagi makanan tu Cina.. Aku rase 1 Malaysia ngat kan.. Aku harap semua yang dapat makanan tadi gembira walaupun aku cuma mampu tolong kenyangkan dorang untuk satu hari saje.. camne pun hari ni adalah aktiviti cuti yang paling bemakna dalam hidup aku. Melihatkan kesusahan orang lain tapi masih mampu lagi untuk senyum seolah esoknya menjanjikan kebahagiaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kadang kadang aku sengaja ambil bas rawak dan pergi sahaja ke mana nasib membawa aku. Aku biarkan saje diri aku sesat dan menghargai kesusahan mecari jalan balik.. Sebabnya, bila aku keluar dari zon selesa, aku mula kenal diri aku sendiri.. Dan bila aku di uji lagi air mata aku sudah kering sendiri..