Tuesday, 14 February 2017

Balik kampung yo!

Posted by MisDiarios at 17:05 27 comments
Yo! Yakni aku baru je lepas balik dari kampung. Perjalanan yang cuma memakan masa 3 jam kalau jalan xjam dari JB negeri kabanggaan aku ke nogori semilan iaitu kampung nenek aku yang tercinte. Tapi kan dalam perjalanan banyak stop-stop so the journey tak jadik lah 3 jam. Hehehe :3
Seawal subuh lagi mak dah bising kat telinga aku..

“Ni kalau letak bom atom pun payah benor nak bangun.”

Seperti yang sedia maklum aku kan kalau kat umah tetibe jadik dugong. Terbengkalai je atas katil macam berat giler ah nak bangun. Cer kalau ade lelaki kacak datang kejut aku yang takleh bangun pastuh dia nak kiss mulut aku macam sleeping beauty mesti aku leh bangun. Wkwkwkwkk. Tapi mulut aku tak manis sebab bau air liur basi je. Mulut sleeping beauty mesti manis an sebab lepas lelaki kacak bagi ciuman terus dia bangun. Ishh teruk tol sleeping beauty ni social ngat. Ok gurau jerrr. Gegadis jangan tiru perangai aku k. Eh tetibe time tengah tulis entry ni aku teringat satu benda, itu hari kan aku gi ikut mak aku gathering dengan kengkawan sekolah beliau, so one of her old friend ade lah approached mak aku tanye aku ni dah berpunye ker kalau tak dia nak pinangkan aku untuk anak dia.wkwkwkwkwk. Kalaulah dia tau yang aku ni adalah spesis mamalia yang paling kuat mambadak bila cuti mesti dia nyesal kan sebab pernah ade niat nak melamar aku untuk anak dia. Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenarnye at least dugong cam aku pun laku gak ek.wkwkwkwk.
Maka demi menyahut seruan kejayaan, seawal subuh lagi aku dah bangun pastuh terus mandi dan solat berimamkan dak uda. Dak uda tu abang aku yang ketiga. 2 rakaat subuh berjaya dilaksanakan. Aku menadah tangan saat dak uda membaca doa mendayu-dayu. Pastuh tak perasan lak aku boleh terlelap.wkwkwkwk. Pastuh aku kena lecture dengan dak uda sebab tak khusyuk time baca doa. Lepas je solat semua aku tolong mak angkat bag letak kat bonet. Perjalanan balik ke kampung pun bermula! Yihaaaaa~

Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta sambil dengar lagu sami yusuf. Mengharapkan perjalanan ini berada didalam lindungan Allah dan selamat sampai. Aku cuba untuk sentiasa ingatkan diri supaya selalu berzikir dalam apa keadaan sekalipun. Supaya hati kita tak kosong dan jiwa lebih terisi. Bila kereta membelok ke persimpangan Taboh Naning, kereta diberhentikan di bahu jalan sebab nenek nak beli lemang ok gaiss. Aku teman nenek pergi kat gerai orang jual lemang tapi dia belum bakar lemang lagi so nenek and aku tunggulah orang tu bakar lemang sambil selfie selfie dengan nenek.=)Aku suruh nenek senyum nampak gigi tapi last-last aku lak kene marah ngan nenek sebab nenek cakap aku nak sabotaj nenek, amek gambar nenek senyum nampak gigi tapi nenek takde gigiT_T Sambil tu nenek sempatlah belanje aku cendol. Cendol dia kan wehh sedap sampai melebihi tahap kesedapan segala cendol kat atas muka bumi ni. Thanks nenek belanja=’)
So, bila lemang siap je, aku dan nenek masuk kereta dan kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke rumah nenek yang terletak di Tampin. Jalan nak pergi rumah kena lalu tepi gunung. cuaca yang baru teduh dari hujan menghasilkan kabus bagaikan kabus diperbukitan. Suhu yang rendah, udara yang segar sekaligus memberikan aku jawapan bahawa inilah perbezaan antara bandar dan rumah nenek. Lagi satu orang bawak kereta kat kawasan ni semua tahap F1. Laju gilerrr sampai nak terbang aku rase.

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Mata aku meliar menyaksikan kawasan rumah nenek yang ditumbuhi rumput liar. Pokok petai depan rumah nenek pun kemain lagi tinggi melangit betul. Kat kebun nenek. berjuntai-juntai petai ditiup angin. Dah lama tak balik kampung since nenek aku pun menetap kat negara jiran so rumah ni terbiar hampir dua bulan. Maka tak hairanlah rumah nenek ni berhabuk dan banyak tahi cicak. Jadi, jangan haraplah bila sampai je aku boleh melepak. Sebagai cucu contoh, aku bekerjasama dengan makcik pakcik aku untuk membersihkan rumah nenek. Semua habuk aku kebas, lantai aku mop. Langsir, alas cadar semua aku cabut and pasang yang baru. Rasa macam tengah pindah umah pun ade gak. Lenguh pinggang aku! Aku rase nenek lagi terer daripada aku. Lepas buat banyak kerja pun nenek sempat lagi belah kelapa dan perah santan sebab nak buat daging salai masak lemak cili api untuk dinner=) Sambil nenek aku tengah belah kelapa, aku gi betulkan mesin potong rumput nenek. Tah camane aku godam tetibe boleh pulak hidup.

‘ Maka, siaplah rumput-rumput sekalian akan aku potong korang semua’ wkwkwkwk.
Mesin aku hidupkan dan rumput mula dipotong. Aku potong rumput bahagian depan umah nenek je. Part belakang umah nenek, pakcik aku settle kan. Badan pun dah lencun, sebelum maghrib munculkan diri, betterlah aku gi mandi dulu.

Selagi ada waktu dan kesempatan adalah lebih baik kita manfaatkan waktu yang terluang dengan perkara yang memberi manfaat. Bukankah sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat?  Aku dapat dua benda yang bermakna hari ni. Pertama,melihat nenek tersenyum dan kegembiraan nenek adalah kegembiraan aku juga.


Thank you for reading

Sunday, 22 January 2017

cuti aku!

Posted by MisDiarios at 21:30 43 comments

Anak mata aku membuntang, memandang kosong pada siling. Kipas dinding ligat berputar ke kiri kanan sekaligus menghasilkan condition yang amat selesa untuk buat tahi mata.wkwkwkwk. Aku ni kan takde keje lain asik fikir nak membadak je. Hari ni senin. Pejam celik baru aku perasan bahawa minggu ni minggu terakhir bulan satu tahun 2017 -,- dude goals aku tahun lepas pun ada yang tak archieve lagi.. 

Aku takde hilang memane pun. Ada je dok memerhati. Cehhh. Selain daripada masalah seram sejuk nak dapat result, sebagai student yang comel, aku agak serabut gak dengan harga bebarang sekarang ni semua nak naik dan mahal. Tah pape. Aku rase sekarang ni hujan je yang turun  harg lain semua nak naik. Ini adalah musibah kepada negara. Nasib baik ah walaupun tanah kat depan umah aku ni berapa langkah je kan tapi aku sempat gak ah tanam daun panda, pokok pisang dua batang, pokok serai, daun selasih, daun bawang and segala daun basic basic nak memasak. So senang ah jugak time nak masak aku bawak aje pisau pastu tebas je lah daun ape yang aku nak. Yaa know..  tetibe keluar awan berkepul kepul.. 'bila negara ditimpa musibah, ni semua salah kerajaan.. dengan araknya, dengan diskonya.. choiiii!'

'Tapi kata orang orang soleh, musibah tu adalah result dari terkumpulnya dosa dosa manusia. So, aku pun manusia yang ada dosa! Jadik, aku pun penyumbang kepada musibah kat atas dunia ni" * pegang senapang..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambil fikiran aku menerawang terbang mungkin juga sehingga ke luar cakerawala sehinggakan mulut aku terherot herot akibat stress sangat kononnya. Tingkap bilik aku buka saja nak hamik angin, tetiba terkejut sebab angin bertiup terlalu kuat nasib baik aku dah gain weight takdelah rasa macam nak terbang sebab kena tiup angin. Aku ni kan bila balik JB kalau tak kecoh satu dunia pliss jangan sebut nama aku. Jadinya, kepulangan aku telah disedari oleh kawan aku sape lagi kalau bukan dak Mipa sebab dia pun baru balik dari Dublin. Dia paksa aku join dia bagi makanan pada homeless kat JB, jadinya tanpa berlengah lagi aku pun bersetuju! =)

Dengan kengkawan Mipa yang merupakan team dapur jalanan, aku memasak dan mengedarkan makanan kepada homeless yang tidur di kaki lima, tepi tepi kedai.. kesian ngat aku tengok =( Memalam aku tengok AJL bagai tapi ade orang yang susah kesejukan + kelaparan..
Aku agak terharu ah bila tengok tukang bagi air sirap tadi tu India, yang tolong pass kan bungkusan makanan tu pulak Punjab dan yang paling terharu sekali tokeh kedai kat tepi jalan tu bagi kitorang space time nak bagi makanan tu Cina.. Aku rase 1 Malaysia ngat kan.. Aku harap semua yang dapat makanan tadi gembira walaupun aku cuma mampu tolong kenyangkan dorang untuk satu hari saje.. camne pun hari ni adalah aktiviti cuti yang paling bemakna dalam hidup aku. Melihatkan kesusahan orang lain tapi masih mampu lagi untuk senyum seolah esoknya menjanjikan kebahagiaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kadang kadang aku sengaja ambil bas rawak dan pergi sahaja ke mana nasib membawa aku. Aku biarkan saje diri aku sesat dan menghargai kesusahan mecari jalan balik.. Sebabnya, bila aku keluar dari zon selesa, aku mula kenal diri aku sendiri.. Dan bila aku di uji lagi air mata aku sudah kering sendiri..





 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea