Friday, 25 November 2016

Hari ni!

Posted by MisDiarios at 04:17
Jam lonceng berbunyi menandakan waktu subuh dah masuk. Azan jelas berkumandang di cuping telinga. Sejuk benar pagi ni rasa. Condition yang sangat perfect untuk sambung tidur. Maka saat ini pilihan terletak di tangan aku sama ada nafsu yang aku pilih atau menyahut seruan menuju kejayaan. Pantas aku tutup suis kipas, lipat selimut dan kemas tempat tidur. Terpisat pisat aku menggosok mata yang masih lagi mengantuk. Mendayu dayu azan pagi ni. Aku berjalan meraba- raba mencari suis lampu. Jangan ingat aku meraba benda lain pulak eh. 

~~~~~~~~~~~~~

Satu persatu baju dalam almari aku belek. Confuse. Rasa macam takde baju. By the way ni lah syndrome perempuan ye walaupun baju banyak cam robok ni nak meletup tapi still rasa takde baju. Aku lah tu. Tapi.. emm lantaklah pakai je la pape pun. Maka aku pun merembat jubah kaler nude dgn printed shawl. Wait! What? Shawl? Perghh gile ah aku pakai shawl seh.

Tepat pukul 8 pagi aku dengan mai sampai dekat mamak. Memang plan nak breakfast roti canai pagi ni. So dengan semangat aku panggil ah mamak tu sebab nak order

Aku: Aci nak order

Mai: Bukan aci,  'Ane' la

Aku: wkwkwk

Mai: Aci tu bukan nenek ke

Aku: wkwkwk alamak...


Lepas guru tamil aku sampai iaitu Rav, aku tinggal lagi sikit je untuk menyelesaikan roti canai telur yang aku order~

Jarum jam menunjukkan pukul 9.31. Aku, Didi, Rav and Mai sudah terpacak di perkarangan hospital shah alam. Ehh dan lagi satu Nash! Sorry tertinggal pulak. Hari ni kitorang ada hospital visit mainly dekat pathology department. So yes mestilah best kan science officer dia sporting and friendly gilos. Tanye ah pape semua dia jawab. Tapi jangan ah tanye dia ada anak berapa eh. Soalan takde kena mengena takleh tanya. Hanya yang berkaitan je boleh. Aku dan geng mendengar dengan begitu tekun sekali. Sampai la dia explain pasal auto machine semua. Tetibe aku angkat tangan sebab nak tanya soalan.

Science officer: Ye silakan

Aku: Kalau machine kat path department tak function takleh buat keja so cuti lah kan

Science officer dan kengkawan: *Memandang aku dengan pandangan krik krik

'Aik salah tanya ke'. Aku bercakap dalam hati. Tetibe dorang sume macam gelak besar cuma aku je yang macam like seriusly aku memang nak tahu kot. 

Lepas science officer tu jauh dari kumpulan kitorang~

Jan jan: perghh nini memang legend ah. Machine tak function leh dapat cuti. Wkwkwk

Aku: uhukkk uhukkkk..

Overally hari ni sangat menyeronokkan. Yela dahlah dapat tengok secara langsung MLT smear fresh sputum daripada patient yang suspected ada Tuberculosis infection. Sputum dia siap berdarah lagi weh. Then, lepas je balik dari hospital, agak terkejar kejar nak pergi usrah. Yang paling bermakna lagi bila Didi join the usrah. Alhamdulillah dapat ilmu dunia(masa kat hospital) dan dapat ilmu akhirat yakni masa usrah.

Kau tahu, mencari kawan yang baik itu penting. Tapi amat sedikit yang sedar bahawa menjadi kawan yang baik itu jauh lebih penting. Maka saat ini aku sebenarnya sedang berlawan dengan diri sendiri. Aku tahu jalan ni bukan mudah tapi hey syurga tu kan bukan murah. Tapi hakikatnya cukup sekadar kau tahu bahawa jika kau mahukan teman cukup lah Al-Quran sebagai peneman. Dan jika kau ingin tahu siapa musuh mu maka haruslah kau sedar bahawa nafsu itu seteru yang nyata. 

Saat ini jika kau terdetik seolah dunia sekeliling pergi menjauh atau seperti membuang, maka cukuplah kau tahu bahawa dunia ini satu hari akan binasa. Tidak ada lagi yang ditinggalkan. 

Image result for moving cute islamic tumblr picture



*thank you for reading*

42 comments:

  1. Tuberculosis infection. tergeliat lidah nak sebut hahah

    ReplyDelete
  2. be tough nurom grom.. hidup kat perantauan ni kena kuat.. muahh love you!

    ReplyDelete
  3. So much of inspirations and spirit.
    Indeed by remembering Him is the only thing that we should always bear in mind..

    Blooding sputum might be caused from an infalmmation as well..

    You have a very one kind attitude. I mean based on your writing..
    So influencing keep up the good reminder. It is okay if dunya seems like pushing you away while you yorself are running towards the Greatest..

    ReplyDelete
  4. MD kelakar pandai masak pandai belajar..

    ReplyDelete
  5. Good day my dear.. :)

    ReplyDelete
  6. jika kau mahukan teman cukup lah Al-Quran sebagai peneman - setuju sangat

    ReplyDelete
  7. hahaha. setuju part nak cari baju tu ibarat cam takda baju

    ReplyDelete
  8. kawan yg baik akan sentiasa mengajak kepada kebaikan..

    ReplyDelete
  9. Yup susah nak cari kawan yang baik tapi ciri kawan yg baik ialah yg mengajak kepada kebaikan. Dan MD ade ciri tu. Sape kawan dengan awk MD mmg beruntung.. dan patut bersyukur. Termasuklah saya sendiri sebab jumpa blog ni boleh jadikan inspirasi :)

    ReplyDelete
  10. Bukan mudah nak dpt kawan baik
    Tapi utk dpt yg baik kita kena jadi baik dulu..

    ReplyDelete
  11. Lawooo seluar Aladin tu..beli kat mana..?

    ReplyDelete
  12. oooo Aci tu Nenek ea... Baru tau..hehehe :D

    ReplyDelete
  13. Wahhh best kan kalo Machine takleh operate leh cuti, macam tu komputer mummy takleh on..bole cuti jugak tak? kikikiki #nakjugak.. :P

    ReplyDelete
  14. bestnya bfast pekena roti canai... smg sis dikelilingi kawan2 yg baik till jannah sentiasa...

    ReplyDelete
  15. Comel je dapat tengok secara langsung eh? ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  16. kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikkan itu yang penting.

    ReplyDelete
  17. aah la dik, org panggil ane, ko panggil aci tu mcm aci2 buka pintu hehehhe

    soalan kamu tu mmg tak blh belah dik, tang mesin rosak pastu dpt cuti ish3... mudah beno tuh

    ReplyDelete
  18. Kita tak biasa sangat makan kat kedai mamak ni. Kalau makan pun tak pernah panggil depa. So, baru tau jgak kena panggil ane. Hihi

    Yup, nak sahabat yg baik. Kita yg kena ubah diri jadi baik dulu. InshaAllah, sama2 laa kita mnjadi sahabat yg baik untuk dunia akhirat. :)

    ReplyDelete
  19. seronok baca...kelakar gak but enjoy to read betul

    ReplyDelete
  20. Siap berdarah1?
    Mrs. A kalau banyak sangat tengok darah mau pitam

    ReplyDelete
  21. samalah memang susah nak decide esok nak pakai baju apa. Tp pensil sebelum tidur akan pilih baju siap2 untuk esok, jd kalau bangun lambat tak terkjar2 sgt. hehe

    dah lama tak makan roti canai

    ReplyDelete
  22. wah.. menarik nye journal hidup dikelilingi rakan2 sporting huhu

    ReplyDelete

  23. "Kau tahu, mencari kawan yang baik itu penting. Tapi amat sedikit yang sedar bahawa menjadi kawan yang baik itu jauh lebih penting."

    suka ayat ni :D

    ReplyDelete
  24. salam..
    yaya singgh di hari jumaat ni.. =)

    ReplyDelete
  25. hi,saya singgah follow sini jugak.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  26. Betullah MD, pompuan ni semuanya lebih kurang sama je, baju satu almari pun cakap tak de baju haha....Berapa banyak almari baju agaknya kita nak yeh?

    CD ni ambik course perubatan ye.

    ReplyDelete
  27. hehehe mesin rosak boleh dapat cuti ek..legend jugak ni =p

    ReplyDelete
  28. Kadang, kita dah jumpa kawan yg baik tp kita pulak yg sia siakan. Kononnya tk sejiwa :) Masalah kan?

    ReplyDelete
  29. Aku tahu jalan ni bukan mudah tapi hey syurga tu kan bukan murah. Tapi hakikatnya cukup sekadar kau tahu bahawa jika kau mahukan teman cukup lah Al-Quran sebagai peneman. Dan jika kau ingin tahu siapa musuh mu maka haruslah kau sedar bahawa nafsu itu seteru yang nyata.

    Kak Ana suka sangat ayat ni. Deep sangat 😅

    ReplyDelete

 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea