Friday, 25 November 2016

Hari ni!

Posted by MisDiarios at 04:17 42 comments
Jam lonceng berbunyi menandakan waktu subuh dah masuk. Azan jelas berkumandang di cuping telinga. Sejuk benar pagi ni rasa. Condition yang sangat perfect untuk sambung tidur. Maka saat ini pilihan terletak di tangan aku sama ada nafsu yang aku pilih atau menyahut seruan menuju kejayaan. Pantas aku tutup suis kipas, lipat selimut dan kemas tempat tidur. Terpisat pisat aku menggosok mata yang masih lagi mengantuk. Mendayu dayu azan pagi ni. Aku berjalan meraba- raba mencari suis lampu. Jangan ingat aku meraba benda lain pulak eh. 

~~~~~~~~~~~~~

Satu persatu baju dalam almari aku belek. Confuse. Rasa macam takde baju. By the way ni lah syndrome perempuan ye walaupun baju banyak cam robok ni nak meletup tapi still rasa takde baju. Aku lah tu. Tapi.. emm lantaklah pakai je la pape pun. Maka aku pun merembat jubah kaler nude dgn printed shawl. Wait! What? Shawl? Perghh gile ah aku pakai shawl seh.

Tepat pukul 8 pagi aku dengan mai sampai dekat mamak. Memang plan nak breakfast roti canai pagi ni. So dengan semangat aku panggil ah mamak tu sebab nak order

Aku: Aci nak order

Mai: Bukan aci,  'Ane' la

Aku: wkwkwk

Mai: Aci tu bukan nenek ke

Aku: wkwkwk alamak...


Lepas guru tamil aku sampai iaitu Rav, aku tinggal lagi sikit je untuk menyelesaikan roti canai telur yang aku order~

Jarum jam menunjukkan pukul 9.31. Aku, Didi, Rav and Mai sudah terpacak di perkarangan hospital shah alam. Ehh dan lagi satu Nash! Sorry tertinggal pulak. Hari ni kitorang ada hospital visit mainly dekat pathology department. So yes mestilah best kan science officer dia sporting and friendly gilos. Tanye ah pape semua dia jawab. Tapi jangan ah tanye dia ada anak berapa eh. Soalan takde kena mengena takleh tanya. Hanya yang berkaitan je boleh. Aku dan geng mendengar dengan begitu tekun sekali. Sampai la dia explain pasal auto machine semua. Tetibe aku angkat tangan sebab nak tanya soalan.

Science officer: Ye silakan

Aku: Kalau machine kat path department tak function takleh buat keja so cuti lah kan

Science officer dan kengkawan: *Memandang aku dengan pandangan krik krik

'Aik salah tanya ke'. Aku bercakap dalam hati. Tetibe dorang sume macam gelak besar cuma aku je yang macam like seriusly aku memang nak tahu kot. 

Lepas science officer tu jauh dari kumpulan kitorang~

Jan jan: perghh nini memang legend ah. Machine tak function leh dapat cuti. Wkwkwk

Aku: uhukkk uhukkkk..

Overally hari ni sangat menyeronokkan. Yela dahlah dapat tengok secara langsung MLT smear fresh sputum daripada patient yang suspected ada Tuberculosis infection. Sputum dia siap berdarah lagi weh. Then, lepas je balik dari hospital, agak terkejar kejar nak pergi usrah. Yang paling bermakna lagi bila Didi join the usrah. Alhamdulillah dapat ilmu dunia(masa kat hospital) dan dapat ilmu akhirat yakni masa usrah.

Kau tahu, mencari kawan yang baik itu penting. Tapi amat sedikit yang sedar bahawa menjadi kawan yang baik itu jauh lebih penting. Maka saat ini aku sebenarnya sedang berlawan dengan diri sendiri. Aku tahu jalan ni bukan mudah tapi hey syurga tu kan bukan murah. Tapi hakikatnya cukup sekadar kau tahu bahawa jika kau mahukan teman cukup lah Al-Quran sebagai peneman. Dan jika kau ingin tahu siapa musuh mu maka haruslah kau sedar bahawa nafsu itu seteru yang nyata. 

Saat ini jika kau terdetik seolah dunia sekeliling pergi menjauh atau seperti membuang, maka cukuplah kau tahu bahawa dunia ini satu hari akan binasa. Tidak ada lagi yang ditinggalkan. 

Image result for moving cute islamic tumblr picture



*thank you for reading*

Tuesday, 15 November 2016

Wonderful weekend!

Posted by MisDiarios at 04:09 37 comments
Aku menutup tudung periuk dengan perlahan-lahan. Wap panas telah menyebabkan cermin mata aku kabur bagaikan kabus di perbukitan. Bau asam pedas semerbak menusuk sehingga menjadikan aku kelaparan yakmat. Pukul 11.30 pagi lagi aku dah siap masak lauk untuk lunch. Aku sejenis yang suka masak lauk tengah hari awal-awal so that aku dan family boleh makan tengah hari on time pukul 12 barulah namanya makan tengah hari! Tengah masak aku pasang lagu cam biase ah lagu justin timberlake baru ade feel nak masak an. Tapi tetibe mak aku masuk dapur tukar channel ceramah ustad Nouman Ali Khan. Maka tetibe rasa nak bertaubat. Mak aku bile masuk bab keje umah dia memang perfectionist. Cair ear wax aku dengar statement terbakar dari mak. Tidak semena-mena "Heyyyy ni apasal potong bawang camni? Potong bebetul." *Ton suare tinggi

Selang 5 minit~

"Anak dara buat keje biar kemas!"

"Ni potong sayur senget senget ni camne ni?!"

Wkwkwkwk. Tapi aku kan sejenis yang hidup dalam dunia sendiri. Mak aku cakap camne pun memang la aku dengar tapi sebenarnye minda aku sedang berada di petala ke berapa tah. Aku rasa cam aku tengah kat dalam spa. Ada orang massage sambil melumurkan mask sejuk untuk menyental segala daki yang ada. Selain daripada tu, di saat orang semua update dengan twidder, facebook and tah pape lagi aku pulak sibuk berbloggging syok sendiri update pasal diri sendiri. wkwkwkwk. Takpun busy dengan game T_T 
Tapi pesan mak, aku mestilah ingat bahawa orang perempuan ni memang lah IQ kena tinggi supaya tak dibongokkan tapi dalam masa yang sama kenalah ada kemahiran tambahan like memasak, mengemas semua. Tak semestinya untuk orang yang nak kahwin je kemon ah tu semua untuk diri sendiri jugak. Mak kate mak tak kisah kalau aku nak belajar sampai kat Pluto sekalipun tapi mesti kena amik tahu hal keje umah. Maka Alhamdulillah im not that expert tapi boleh lah untuk survive diri sendiri. 

By the way Ziron datang 'visit' aku dekat brunsfield. Terharu gila sebab she drived all the way from Pahang just to visit me. Aku turun bawah dari apartment aku dengan penuh keterujaan sebab dari jauh dah nampak jasad Ziron bersandar dekat BMW hitam. Aku rasa Ziron kacak ngat masa tu. wkwkwkwk. Masa dah sampai kat shopping mall untuk dinner pun Ziron pimpin tangan aku sambil jalan like sweet nye. Awhhhhhh... Ron jeles plissss. =p Aku rasa Ziron matured sangat dari segi opinion dia, cara dia cakap... Kagumnyaaa =D  
Sambil jalan, berpimpinan, aku pandang Ziron and asked~

"Tell me one thing you dont wanna lose"

"Your love..." 

"If you see my flaws, would you still love me?"

"Come one we knew each other for almost 10 years. People may change. But you, i know you better. And lagi kalau ade orang cakap dengan sehari dia dah kenal you, i rasa orang tu salah kot. You kan one kind. Unpredictable." 

"Sometimes.. Im just tired.." 

"If you cant be strong for yourself, be strong for the sake of God" 

Maka saat perpisahan dengan Ziron masa tu merupakan momen yang berat sekali. Semoga berjumpa lagi. I miss you every moment Ziron. Keep me in your prayers. *tears 

*thank you for reading*




 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea