Friday, 28 October 2016

A little smile! :)

Posted by MisDiarios at 20:32 39 comments
yihaaaa~ Assalamualaikum geng geng semua. Amacam kehidupan? ada baik? Aku sekarang ada kat umah. Malam ni nanti ada event family untuk anak fruit. Aku sangatlah sendu sekarang ni. Dari tadi aku asik lipat baju, sapu habuk dan mengelap perabut dengan antiseptik. Helo? Helo? geng jb takde sape ke yang nak ajak aku merempit. Aku is bosan right now ya know.... phewww. *sambil ludah tanda gangster. Wkwkwk intro je dah nak marketkan diri sendiri. Aku klentong je sebenarnye. Masa aku kemas kemas semua ade ah aku godam facebook kawan aku tapi malangnya facebook lembs dan hang secara tetiba. Ini telah membantutkan rancangan aku. Aku rasa cam nak jumpa Mark Zukerberg je nak luahkan kekecewaan aku terhadap facebook yang semakin lembap dan boshann~ 

Semua orang busy buat persiapan untuk malam ni. Tetiba~ 

"Tolong buatkan air plisss"

"Air ape?"

"Sirap bandung letak soda pliss"

"Yelaaa.." *banyak cekadak pula

Aku pergi dapur kengkonon nak bancuh air sirap bandung campur soda. Aku rasa macam cindarella. Bila ada majlis ke apa-apa akulah yang paling buruk. Aku rasa ah. Aku kena cuci periuk, bungkus makanan untuk tetamu. Aku rasa sebab tu ah bila tiba majlis besar camni aku still tak jumpa jodoh lagi even orang cakap big occasion, time ni la cari jodoh. duhhhh! whatever! aku rasa sorang je kot yang cakap statement macam ni kat aku.wkwkwwkk. Lepas 10 minit cam tu aku gi living hall. "Gula kat mana ek?"

"Laaa mana lah tahu.. Sebab tengok pun dah manis anak dara sorang ni" 

wkwkwkwk. Tetiba kembang :3 

Ohya lately ni yang berlaku dekat sekeliling aku adalah masalah persahabatan. Kita selalu cari sebab kenapa Allah ciptakan pertemuan kalau akhirnya nanti tetap perpisahan. Tapi kita selalu lupa yang sebenarnya perpisahan ni tak lama. Sebabnya kita masih ada hidup yang kedua. Moga-moga kite bertemu di syurga. Sebab tu pentingnya menjadi atau cari kawan yang baik. Sebenarnya dalam persahabatan ni kita selalu kecewa sebab kita sandarkan harapan pada manusia. Dan bila yang kita harapkan tu kita tak dapat maka mulalah rasa kecewa. I have been in such situation. Friendship ni subjektif maka apa yang aku tulis ni adalah dari sudut pandangan aku sebab ni kan blog aku. Takkan aku nak tulis dari sudut pandangan Mak Kiah pula. Dan lagi, Dia takkan susun pertemuan kita ni saja-saja. Aku tak pelik lagi kalau dulu kita rapat and now biasa biasa je. Sebab yang aku cari bukan kawan yang happy-happy je. Duhh~ this is typical. Sebabnya kita ni suka menilai manusia. Kita buat macam semua orang ada price tag. Orang tu tarik muka kau mula lah nak menyampah. Kau tak tahu mungkin dia ada masalah negara ke apa. Orang tu jumpa ular share dekat kau dia takut jumpa ular kau dengar endah tak endah pastu balas "Emm takpe ular je pun.." Dan bila kau dapat respon yang tak memuaskan hati sebab sikap kau, pandai pulak kau nak emo ek. Boshann do kau~ 

Hati manusia ni Allah yang pegang. Jadi jangan kecewa kalau persahabatan kau dibalas tuba. Kalau kau dah jadi baik, dah buat baik tapi still orang tak puas hati dan pertikaikan kau itu ini. Relax man.. Sebabnya Allah tak pernah buta dalam menilai kau walau seinci. 

Im smiling while writing this!

 because...

 im wearing the smile you gave me =) 

who? 

Youu la yang tengah baca ni.. 


Image result for cute moving pictures tumblr


*thank you for reading*






Saturday, 22 October 2016

Sumpah AkuTak Lupa!

Posted by MisDiarios at 08:45 28 comments


Pukul 7 lebih lagi matahari yang mula terbit dari arah timur telah memancarkan cahaya terik. Sedikit demi sedikit makin membahang sehingga sinar ultranya menembusi lapisan dermis. Sengaja aku biarkan kulit ditembus cahaya matahari pagi sementara menunggu masa untuk aku lakukan dhuha. Aku habiskan paper terakhir tepat pukul 4.30 petang semalam. Definisi gembira pada aku adalah dimana aku tak lagi berkata pada dunia heyy aku gembira kerananya perasaan gembira aku sangatlah infiniti maka aku lagi suka mengekspresikan rasa gembira dalam perasaan syukur. Sudah kali keberapa aku bagitahu pada diri sendiri patutnya aku kena buat persediaan awal sebelum test. Belajar saat akhir samalah ibaratnya macam aku bediri dekat tebing sungai. Kalau aku lompat, buaya tengah nganga mulut nak telan aku. Kalau patah balik rasa macam tak cukup masa nak lari sebab kat belakang ada beruang tengah pegang senapang, tunggu masa nak shoot aku. Ahhhh tersepitnya. Tulah dari first year lagi bila start sem konon nak study awal ni tak aku gi buang masa buat ape ape tah. *banyak sangat buang masa until i cant recall them in my mind* 


21 oktober! So yeahhh aku rasa kalau close friend aku mesti tahu kot ape kegembiraan aku bila tiba 21 oktober. Pertamanya hari ni ialah birthday ude merangkap abang aku yang ketiga sekaligus melayakkan aku untuk dapat free call for 24 hours! But unfortunately i cant use the 24 hours period to make a call sebab busy dengan test. Maka selepas solat isyak aku pun mula lah mendail semua number maxis yang aku rasa nak dail. Sampai lah turn aku bergayut dengan my long lost friend, Aim or also known as Irma oleh Ron. We were like "Aaaaaa mane kau hilang?"
Padahal aku pun tak pasti aku yang hilang ke dia yang hilang. Dari A-Z kita cerita. Banyak jugaklah dia share rahsia dengan aku. 

"Mental aku koyak ah"

"Dah nape mental kau nak koyak"

"Roomate aku ada bela kala jengking"

"Kau tak takut kena sengat ke weh"

"Roomate aku dah potong ekor sengat dia"

"Pelik ah roomate kau"

"Cuma kala jengking tu ada sepit je ah"

"Kau penah rase kena sepit ngan jengking ke"

"Aku takdelah nak bagi tangan aku kena sepit. Tapi lepas jengking dia mati, dia bela katak rasaksa pula"

"Wkwkwkwk.."

"Bila nak ujan kuat betul suara katak tu"

Terima kasih menceriakan hari aku dengan cerita haiwan eksotik belaan roomate kau! Sebenarnya aku memang rapat dengan Aim and lagi sorang Apiq. Yela aku masa kecik sepupu aku main barbie aku main pedang kat depan umah. Agak ganas dan gangster jugak lah. Tapi bila dah besar ni keganasan tu ada lagi tapi kurang sikit la karang kalau ganas sangat takde orang nak masuk meminang pulak. wkwkwkw. Dulu masa dekat aku selalu je gaduh dengan dorang. Aku marah dorang bila tengah emosi. Penah jugaklah gaduh pastu Aim dengan Apik datang umah aku belikan petai sebab aku suka makan petai. Pastu baik. Sumpah aku tak lupa. Dan lagi, Aim ni sejenis player so dia selalu cerita kat aku perempuan ni semua sama je. Padahal aku ni perempuan jugak!

"Kau lain. Kau hati kental. Rock kapak. Ganas."

Image result for tiga orang sahabat

Terlalu banyak yang kita dah lalui sama. Sekarang semua dah besar. Makin jauh sebab masing masing nak archieve cita-cita. Aku patut rasa bersyukur saat korang dekat dengan aku. Sekarang bila dah jauh baru nak rindu. Makanya hargai orang yang ada dengan kita ya!

*thank you for reading*







Sunday, 2 October 2016

Ingat ni!

Posted by MisDiarios at 07:06 40 comments
Mata aku meluncur sentence by sentence saat membaca nota hematology. Proses simple hematopoesis seakan berat untuk aku ingat. Padahal the same process was in my mind last two sems -,- Nilah padah kalau study untuk pass exam je. Bunyi bip telefon menyedarkan aku dari terus merungut. Mak hantar gambar anak fruit dekat whatsapp. Ya tuhannn sungguh berat menanggung rindu. Rinduuuuuuuuuuuuu :'( Aku tutup nota. Tarik nafas panjang. Ternyata rasa rindu sangat berat untuk aku tanggung sendiri. Kelopak mata aku katupkan serapat mungkin, terasa ada air yang bertakung. Benci betul bila rasa macam ni as aku kan happy go lucky. I have no choice except to be strong! 

Terasa nak bukak laptop. Dalam beberapa minit pop up message dari yahoo messenger terbuka. Ohhh long lost friend si Abinsabin. 

"Hoiii kau nak tau tak?"

"Ape.. Kalau nak mengumpat aku taknak dengar"

"Hishh kau ni...." 
Abinsabin cerita panjang berjela. Tapi sikit pun aku tak fokus. Fikiran aku jauh terbang ke selatan. 

Abinsabin first pop up>>>"Hoiiii kau.. Mana kau ni.."
Abinsabin second pop up>>"Kau ni online je kau jangan nak double tick aku at least reply la a word. Penat aku cite hahaha.." 

Aku baca cerita Abinsabin dari mula. Walaupun agak geli hati dengan cerita dia tapi still aku rasa kosong. Tak rasa nak gelak langsung. Sambil dengar surah Al- Mulk dekat ear phone aku reply la jugak si Abisabin ni karang kecik hati yela kawan kan. Tetibe lepas surah Al -Mulk habis dia auto shuffle play lagu justin timberlake wkwkwkwk. Aku kalau boleh malas la nak dengar something yang lagha but sometime my friends play a song so i think it is okay to blend with the society. Dahlah aku memang die hard fan justin timberlake suatu ketika dulu la time justin rambut krenteng pendek cam maggie kena karen.wkwkwk. Okay back to Abinsabin dia cerita pasal Zaidan Harif. Ni kalau dia tahu yang aku satu uni dengan dak zaidan tu mesti kecaa. Lelagi aku penah terserempak dengan dak Zaidan dekat tepi u-globe campus aku. Abinsabin cakap dia pun ada jumpa dak Zaidan dekat University of California USA since Abinsabin tengah buat degree dekat sana. So dia macam tekejut beruk la sejauh Amerika tu dia boleh terjumpa dengan dak Zaidan. Coincident sangat, kecil betul dunia ni. Katanya dia ade join research yang related dengan genetic coding. So yeah aku rasa takde kena mengena dengan aku pun then aku cakap la Abinsabin menaruh hati kat dak Zaidan.wkwkwkwk 

"Kau gila.. Dia tu tanya aku pasal kau la.." 

"Im single but not available la Abinnn.wkwkwk."

"Sape?Sape? Kau tengah in love dengan sape?"

"Dengan someone yang aku tak pernah jumpa.." 

".... who?.."

"Muhammad SAW.." 

"Itu aku pun -,-" 

"Dahlah kat sini dah masuk maghrib nanti aku buat international call kita sambung cerita" 

Conversation end.

Image result for tumblr islamic cartoon moving


Tetiba ada kawan cerita pasal dia tak puas hati dengan drama korea. Aku dengar ibaratnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dikelilingi tapi masih lagi rasa kosong. Sebenarnya rasa kosong tu sebab kita juah dari tuhan, kita lupa pada Al-Quran. Bukankah dengan mengingati tuhan hati kita akan menjadi tenang?


*thank you for reading*



 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea