Saturday, 30 July 2016

Bersyukur sangat!

Posted by MisDiarios at 21:12 14 comments
assalamualaikum~
ahhhh hari jumaat betul-betul meletihkan. Sebelum subuh lagi aku dah sedar sebenarnya. Tapi, disebabkan keletihan yakmat bunyi alarm yang bingit telah aku stop kan bunyinya. Aku tunda lagi 20 minit alarm untuk kejutkan aku bangun subuh. Penat semalam tak hilang lagi, terpisat-pisat aku gosok mata tahan ngantuk. Patut aku bersyukur sebab still boleh bangun, dibagi nyawa.. Ni tak lagi nak bermalas malasan atas katil.. Subuh memang waktu yang tepat nak buktikan sama ada kita lagi pentingkan nafsu tidur atau tuhan. Sebenarnya malam tadi aku balik lewat sebab kena praktis flashmob. Since uni aku tengah kecaa dengan home coming fiesta sempena convo kan, so they organized a competition. We have to present our school/faculty. Aku taknak pun take part tapi terpaksa T_T Dahla aku ni cam batang kayu nak liuk lentok jadi seriusly macam badut. Tapi tulah why not kan kalau kita cuba je. Penat hari jumaat tu sebenarnya tak hilang lagi. Adakah ini bermakna aku kena amik minuman kak ton untuk boost energy aku T_T Muda lagi tapi stamina rendah. Tulah asik tebongkang atas katil tengok drama je study nya tak jugak. Sepatutnya kena maanfaatkan masa muda ni!
Ohya, petang jumaat tu memang aku dah ready nak tidur umah kawan aku siap dah kemas baju masuk dalam beg tapi disebabkan (private issue) aku terpaksa batalkan. Dalam masa yang sama juga aku memang pasang niat nak pergi juga to her house on saturday!
Pagi sabtu, lepas kemas bilik, mop lantai, cuci toilet dan memastikan keadaan bilik ni macam bilik anak dara rajin aku pun ready nak siap-siap pergi rumah Nazhlin sebab rumah dia ada buat open housee..sebenarnya diam tak diam dah pukul dua dah masa tu! Lepas solat zuhur siap apa yang patut aku keluar rumah dengan hati yang gembira sebab dah terbayang aku akann makan besar jap lagi hahaha. Sambil tu tengok sikit size perut.. huuuuu muat lagi ni.. Aku pun jalan tunggu bas kat tepi Sungai Damansara. Berdiri mematung tengok ke arah kanan mengharap bas datang sekarang juga sebab langit macam dah tak sabar nak muntahkan air yang tersejat. Makin lama awan makin gelap. Cuaca yang dari tadi cerah sekelip mata bertukar kelam. Macam tu lah kuasa tuhan boleh jadikan sesuatu sekejap je mengikut kehendakNya. Terasa macam air menitik. Dan makin lama makin lebat! Cepat aku selamatkan diri aku berdiri kat bawah pondok mini pak guard! Guruh mengaum amat dahsyat. Tekejut aku. Nasib tak melatah opocot opocot. Tepaksa la aku cari tempat teduhan kat dalam kampus.
Masuk je kampus dengan baju basah lencun rasa macam joyah sesat je. Yela sebab hari sabtu kan hari convocation. Orang kat kampus semua macam retiss dah. Tetibe perut aku rasa lapar yakmat! Aku pergi cinnamon cafe two aku nampak ade beef burger. Tangan aku dah capai tapi aku letak balik sebab rasa macam tak kenyang ah makan burger. Then aku keluar pergi bakery aku nampak favourite aku sandwich telur! Aku dah capai tapi aku letak balik sebab macam sendu gila tak dapat pergi open house pastu makan sandwich je :( Aku tunggu sampai hujan reda. Aku tengok hujan turun lebat sangat sampai jalan pun kabur. Angin bukan lagi sepoi tapi tahap ribut. Dan bila hujan reda jam pun menunjukkan pukul lima lebih. Aku tak rasa dapat pergi umah Nazhlin sebab dia cakap petang nak keluar. Jadi aku jalan kaki ke aeon. Takdelah jauh sangat dari uni aku. Dalam aeon aku pun takde arah. Tak tahu nak pergi mana tapi aku laparrT_T Tetibe rasa nak makan kek. So makan jelah kek kat secret recipe. Saje nak pujuk diri sendiri. Pastu aku order golden crispy chicken. Belum sempat makan separuh perut aku mengulas nak teberak pulakk. Cepat aku panggil waiter suruh bungkuskan makanan aku, lepas je bayar kelam kabut aku cari washroomT_T Lepas je settle bisnes aku keluar toilet, agak terkejut juga sebab orang beratur panjang nak masuk toilet yang aku masuk ni. Hahaha. Mesti lama gila diorang tunggu aku! sorry ngat. Then aku jalan takde tujuan, tetibe dah sampai kat Uniqlo. Sedar tak sedar aku dah test tiga pasang tops Hana Tajima edition. Hahaha seronok ngat. Tak beli dapat test pun jadiklahh. Bila jam dah menunjukkan pukul enam lebih, macam tak terasa waktu berlalu pantas. Aku pun amik keputusan untuk balik.
Guess what dalam perjalanan balik, aku terserempak dengan someone yang agak familiar. Dan dia pun dengan ramah tegur aku. Oh, akak Nazhlin! Lepas cot cet cot cet kat tepi jalan, dia ajak aku gi umah dia. What a coincident kan? Tadi aku nak pergi umah dia tapi keadaan macam cemburu dan menghalang. Now, senang-senang je siap dapat offer lagi ikut dia balik rumah. Akhirnya aku dapat pergi juga rumah Nazhlin ya.. kat rumah dia aku makan dengan perasaan yang lebih bersyukur dan terharu. Aku nak cakap ni, kalau kita memang ada niat yang baik, cepat atau lambat, mesti Allah akan bagi. Walau ape pun jadi kenalah banyak bersabar. Bukan ke kita ni memang selalu di uji? Dan macam mana seseorang tu dikatan beriman sedangkan dia belum di uji? Walaupun apa yang aku nak sampaikan ni simple je dan nampak macam hal kecik. Tapi kekadang, hal kecik la yang buat kita takde mood and spoil. Dan pagi ahad ni aku masih lagi makan lemang, nasi impit dan rendang yang Nazhlin bekalkan :)  Kita bukan perlu baik sangka dengan orang je, tapi dengan tuhan juge! Doakan kawan aku dan keluarga dia dimurahkan rezeki ya.

*thank you for reading*


Thursday, 21 July 2016

sabar ye!

Posted by MisDiarios at 03:51 17 comments
assalamualaikum~

Bila kelas mula, means aktiviti aku dah kembali macam biasa. Cuma bezanya sem ni ialah sem pendek di mana subjek yang aku ambik ialah subjek wajib universiti dan skills subject cuma ada satu sesat biostatistics. Lepas solat subuh biasanya aku akan relaxkan mind aku kadang-kadang dengar ceramah dekat u tube, ada masa dengar lagu Sami Yusuf. Seriusly kali ni aku nak ubah sikit-sikit. Aku nak kurangkan masa lagha aku, biarlah orang nak cakap aku noob, outdated pasal Kdramas, pasal Taylor and Kim Kardashian or even lipstick Kylie Jenner dah masuk Malaysia ke belum T_T. Cuma satu je susah sikit aku kan kaki shopping online kan, tangan ni asik je dok scroll insta shop sambil pasang niat nak beli shawl ni, dress tu. Teheee! Yela pompan kan. Walaupun aku ni ade macam rock rock sikit tapi ade hati jugak nak pakai shawl diamond diamond.
 Bilik aku menghadap jalanraya jadi aku selalu cuci mata dari tingkap. Jangan ingat aku cuci mata tengok yang bukan-bukan ya. Sekarang ni lelagi time petang macam ni, panjang betul kereta. Sesak! Ahhhh macam nilah kalau berhidup di "city" so called. Dari umah aku tingkat 13 sambung menyambung bunyi hon tapi takdelah sampai buat aku bingit cam nak gusti ngan orang. Ohya hari tu aku ada tapau makanan nak makan kat bilik kononnya. Disebabkan lapar yakmat, lepas baca doa aku makan bagaikan orang pelahap tak makan setahun. Makan punya makan sampai separuh nasi, aku terjumpa lipas dalam makanan aku T_T Kenapa ini terjadik pada aku.... Omagadd.. gila tak gila la kau rasa. Tebeliak mata aku cam panda nasib tak tepelanting nasik tu sebab tekejut beruk yakmat. Burpppp~ Siap sendawa lagi sebab dah rasa kenyang. Aku tengok lipas ni garing macam kena goreng. Aaaa nak nangis pun takde gunanya lagi. Nasib aku tak telan lipas tu:( Rasa macam fobia pula nak tapau makanan lagi lepas ni. So korang kena hati-hati supaya tak jadi macam aku. Malam ni aku order burger je kat bawah. Burger Ramlee daging special dua tingkat! Nyummss ta zabarrr rasanya. Tapi sampai sekarang tak sampai. Ish merungut je. Aku patut bersyukur yang diorang ade buat servis delivery, nak harapkan aku yang pemalas ni, turun bawah beli makanan sendiri pun berkiraT_T  
Ohya, aku pergi kelas jalan kaki. Tak kisahlah hujan atau panas terik, aku redah demi mencari ilmu. Wekk! skema ngatt. Moga tiap langkah akan ada pahala atau ganjaran yang lebih baik. Semoga aku menjadi orang yang sabar ya :) 

*thank you for reading* 



Monday, 18 July 2016

new semester!

Posted by MisDiarios at 03:49 20 comments
assalamualaikum~
Aku dah start sem baru hari ni. So far hari ni kelas aku start pukul 8 pagi tadi hehe. Kalau student bila tengok class pukul 8 mesti rasa macam malasss gila kan specially hari ni hari isnin synonym dengan monday blues. Aku memula rasa macam tu jugak siap rasa macam nak berguling-guling je kenapa lah kena balik kampus. Biasalah tu humm. Tapi, bila nak berubah? Sampai bila kita nak rasa macam tu. Tiap kali bila kelas nak start kita nak rasa malas. Sampai je sini dah senja. Langit yang biru dah betukar warna menjadi merah, menampakkan matahari tenggelam di ufuk barat. Sampai macam ni sekali aku nak gambarkan. Sejak dari dalam bas kepala aku pening terasa ligat berpusing macam gasing. Isi perut aku meronta nak membuakkan muntah masam. Driver bas tu bawak bas macam drifter macam nak terpelanting aku dibuatnya. Dalam hati aku memberontak bawak macam biasa sudahlah. Aku cuma mampu pejamkan mata sehingga akhirnya tiba jugak aku dekat shah alam ni. 

"Teksi! Teksi!" Telinga bingit dengan macam macam suara. Dengar je perkataan teksi terus aku sapa. Tanpa banyak soal pak cik teksi berbangsa India membalas dengan dialeknya "Adik mau pigi mana?"
"Brunsfield." Sepatah aku jawab.
"Worite adik"
huuuu nasib pakcik teksi ni tak jadi drifter macam bas yang aku naik tadi. Bila sampai je bilik tempat pertama aku cari ialah tandas. Tak tertahan rasanya. Laju aku memuntahkan segala isi perut yang tertunda. Tekak terasa masam, mata merah berair, kepala pening gilaaa! Aku ingat Allah je sekarang ni.. :( Aku kena kemas kemas baju, yela baru tiba dari kampung halaman kan. Aku kena kuatkan semangat! Lepas rasa macam ada tenaga sikit aku kemas la apa yang patut. Kebas tempat tidur, pasang alas cadar and so on.. Siap je semua laju aku baring atas katil. Lega sangat dapat baring. 

Itu cerita semalam. 
Hari pertama sem baru pun dah nak melabuhkan tirainya. Semoga kali ni aku akan lebih berusaha, sabar dalam apa pun ujian yang Allah nak bagi. Cukuplah enjoy semua. Semangat! :)

*thank you for reading*

Thursday, 14 July 2016

apa makna raya??

Posted by MisDiarios at 23:40 14 comments
assalamualaikum~

setelah keboncetan akibat kekenyangan dengan kuih raya semua aku kembali lagi dengan mix feeling. Aku kan sikit sikit nak mix feeling. Macam mana raya aku? Macam biasa je. Well, family aku takdelah besar mana, so, bila sorang takde mestilah terasa sebab tahun ni ude raya rumah akak ipar aku. wuuuu siape nak gaduh ngan aku nanti tinggal lah aku sorang cam beruang panda yang kesepian. 
Aku selalu tertanya tiap tahun, apa makna raya untuk aku? Datang rumah orang, salam, dapat duit raya, happy and the cycle repeated. Tu je? Takde kepuasan betul. Takkanlah tak puas lagi dapat duit raya kot. Tu je yang aku pernah fikir dulu. Dulu la okay. Dulu. Sekarang, aku belajar makna raya kali ni, raya aku biase biase je sederhana takde lah persiapan from top to toe sebab bulan puasa aku sibuk sangat dengan hal dunia menghadap final exam yang maha dahsyat mencabar kesabaran dengan perasaan rindu yang membuak-buak nak balik rumah berbuka dengan mak. Dulu time sekolah macam tak rasa je time puasa ada kelas or exam. Aku lah orang terakhir balik sebab paper aku betul betul paling last sekali T_T 

Raya kali ni ajar aku raya bukan untuk dapat duit raya je. Bukan pakai baju lawa-lawa je. Kita salam dengan orang kena ikhlas minta maaf. Macam mana? salam, cium tangan, tengok mata, betul-betul minta maaf. Aku pernah je berbual dengan kawan aku. Aku tanya dia, dia jawab nak tak nak not even looked at me while we were talking. Kau expect apa kalau macam tu? Kene ubah takleh macam tu even tak suka orang tu pun janganlah tunjukkan yang kita tak suka. Pepagi raya kedua Ron called aku. Masa tu suara aku agak rock juga lah angkat phone. Rinduuu sangat tahun ni tak dapat nak raya dengan Ron sebab dia dapat cuti sekejap je T_T But thanks Ron for calling :') Aku patut bersyukur dalam jauh pun aku still ada kawan yang ingat kat aku. Lagi, aku belajar manusia ni pengetahuan dia terbatas. Memang dia nampak gah dengan kata-kata yang hebat, pendapat yang bernas tapi hakikatnya dia tak tahu apa-apa. Kena lah sabar bila jumpa makcik pakcik yang mulut laser. Tak payah lah balas laser jugak. Diam je. Jawab jelah dengan penuh sopan santun mana tahu dia ada anak bujang handsome boleh lah di recommendkan hahaha. Lagi aku belajar sebelum masak-masak untuk raya, akulah yang pergi pasar beli ayam,daging, tomato, kentang and so on.. Aku belajar la tawar menawar kat pasar ni. Abang jual ayam paling sporting sebab aku baru puji ayam dia gemuk dan segar terus nak bagi harga murah kat aku. Seronok ngatt hahaha. Then masa raya nilah nak kenal saudara yang jauh bukan dok kat dapur je. Entahlah aku tak kisah sangat kalau aku nampak buruk masa first raya. Aku kan bibik. T_T Tapi aku kurang sabar betul ada orang yang datang umah buat macam umah sendiri. Baru masuk umah dah gi dapur bukak peti ais amik air. adehhhh aku ketuk pakai senduk baru tahu. Banyak sebenarnya makna untuk hari raya kali ni. Semoga semuanya mematangkan aku lagi. :) Dan sekarang ni aku tengah mengira hari nak balik kampus untuk start sem baru. Walaupun macam dah terlewat tapi nak juga cakap selamat hari raya maaf kalau aku ada terkasar atau terlalu rock sehingga mengguris hati sesiapa je yang baca blog aku yang macam ugly betty ni T_T 

*thanks for reading*



Saturday, 2 July 2016

ramadhonn dah nak habis :(

Posted by MisDiarios at 20:47 16 comments
assalamualaikum~
itu hari aku pergi berjimba jenjalan cuci mata sebab kan aku tengah semangat kononnya untuk membuat persiapan hari raya.. padahal tak hari raya pun aku memang kaki shopping.. shopping online.. rasa macam teruk gila sebab memang dah azam nak kumpul duit pergi umrah. end up aku pergi membeli dress,jubah.. wuuu teruknya aku.. 

so, masa aku tengah cuci mata tengok handbag, kasut, backpack dan yang sewaktu dengannya (semua ni ada dalam wishlist aku! aku mesti kena ada) aku mengambil keputusan untuk duduk sekejap sebab semput dan kaki pun dah lenguh. Diam tak diam dah nak dekat masuk waktu berbuka! terkejut panda aku dibuatnya. Tapi, haruslah relax sebab on that time, abang aku belanja family kitorang buka ;) 
So, masa aku duduk dekat kerusi, aku terduduk dekat sebelah pelancong Korea muslim. Aku pun senyum la dekat dia dan dia mula start a conversation dengan aku. Dah terlanjur berbual tu, aku pun nak tahu jugak apa pandangan dia tentang kpop dan kdrama yang satu dunia tengah gila sekarang ni. 
Dorang orang Korea sendiri tak amik tahu pun pasal tu. Dia tak tahu apa-apa. Dia lagi sibuk belajar bab agama, pergi ambil kelas tambahan belajar bahasa arab sebab nak faham dan mendalami lagi ayat al-quran, hadis dan sunnah. 

ouchh! terasa aku! malunya..
Aku yang memang muslim sejak dari lahir ni, lahir-lahir je yang pertama dengar kat telinga ni adalah ayat Allah, tak pernah pun aku gigih nak belajar agama sendiri. Drama Korea tu sejak dah terpengaruh dengan kawan, dok marathon sampai pagi. Siap suruh download lagi simpan kat laptop sebab nanti nak tengok untuk kali kedua T_T Rasa looser gila menjadi seorang aku. Tu belum masuk bab solat lagi. Kalau solat subuh, ekspress gila, lintang pukang sebab mengantuk sangat. Ahhh looser kuasa dua nya aku T_T Pelakon drama tu sendiro ambil masa berbulan pengambaran, tapi aku satu malam je dah habis 20 episod. Pastu, esoknya bangun tengah hari.. wuuuuu.. 
Bila part bercium je cepat-cepat aku tutup mata sebab kononnya nak jaga mata. Padahal kalau nak jaga mata, pelakon tu pakai baju seksi je pun aku patut rasa malu nak tengok. Dahlah tengok sambil makan papadom sambil ketawa terbahak-bahak kat atas katil. Konon lawak gila lah drama tu sampai mampu buat aku ketawa separuh gila. Patutlah sekarang bila belajar terasa macam makin lembap nak masuk tak macam dulu. Sebab dulu aku innocent. wkwkwk 
Tapi sekarang? Hamagadd ape dah jadi dengan aku sekarang ni :(
Dalam kesempatan bulan ramadhan yang bersisa lagi beberapa hari ni, masih ada lagi masa untuk kita ubah diri kita. Aku cakap ni pun bukanlah bermakna aku ni baik sangat, tapi sebab aku nak jadi lagi baik. Stop tengok orang lain. Benda pertama sekali kau kena tengok ialah diri sendiri, baiki diri sendiri. Dan kalau kau dah mula penat dengan sekeliling kau yang seolah tak membantu pun kau nak berubah, belajar untuk rehat bukan berhenti.

*thank you for reading*


 

Mis Diarios Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea